|
|
||||||||||||||||||||||||||||||
KITA RAKAM SUARA PERJUANGAN, KADANG-KADANG IA TERLALU MANIS UNTUK DIKENANG |
||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kandungan Kali Ini: |
||||||||||||||||||||||||||||||
|
Isu Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin semakin gawat sekarang. Semakin Eusoff Chinmenafi, semakin banyak bukti tersiar di internet. Internet tentunya bukan selalu betul. Tetapitak juga ia selalunya salah. Sekarang bukan sekadar gambar antara Eusoff Chin dan peguam V.K.Lingam disiarkan. Tetapi jadual lengkap penerbangan dan percutian mereka berduabersama-sama keluarga masing-masing terpapar di internet. Susah juga untuk tidak percaya! Nombor penerebangan kapalterbang, apa nama syarikat penerbangan, pukul berapa berlepas,kelas apa mereka duduk semuanya lengkap disiarkan. Kalau informasi internet itu betul, susahkita hendak percaya cakap Eusoff Chin sebelum ini bahawa dia "bertembung" atauterserempak secara tak sengaja dengan Lingam di New Zealand, lalu merekapun bergambar! Mungkinkah seorang Ketua Hakim Negara berbohong? Tetapi Eusoff Chin itu manusia juga.Dalam gambar yang tersiar di internet itu jelaslah Eusoff Chin itu manusia, bukan malaikat. Eusoff Chin bercuti di New Zealand itu pada tahun 1994 bersama isterinya Rosaini Mustaffa,anak perempuannya Zubaidah, 7 tahun dan anak lelakinya Johan, 6 tahun. Manakala Lingamdengan isterinya K. Gnanajothy, anak perempuan mereka, Sivashahki,11 tahun dan Sivajothy,10 tahun. Yang menimbulkan syak wasangka semakin kuat tentang ada semacam"kong-ka-likong" dan tuduhan rasuah di sebalik percutian ini ialah turut sama denganrombongan kedua famili itu ialah seorang manusia bernama Tan Chong Paw. Siapa dia ini?Dia adalah seorang bekas sarjan Polis dan dipercayai adalah pengawal peribadi kepada ahli bisnes terkemuka bernama Tan Sri Vincent Tan. Macam mana boleh bertembung tak sengaja antara Eusoff Chin dengan V.K.Lingam di NewZealand itu? Ini jadual penerbangan dan percutian mereka. Pada 22 Disember 1994 kedua-dua keluarga itu naik kapalterbang yang sama dari Singapura ke Auckland, New Zealand. Nombor penerbangan ialah NZ 28. Mereka sama-sama duduk dalam Business Class. Katakan itu"bertembung" kali pertama antara Ketua Hakim Negara dengan peguam V.K.Lingam. Empat hari kedua keluarga itu di Auckland. Pada 26 Disember kedua-dua keluarga itu berlepas dari Auckland ke Christchurch. Kedua-dua rombongan keluarga itu naik kapalterbang yang sama. Nombor penerbangan NZ 1514. Mereka duduk dalam Business Class juga."Bertembung" lagi Ketua Hakim Negara dengan peguam V.K.Lingam. Katakanlah tak sengajasecara kebetulan saja. Tetapi bolehkah kita percaya? Empat hari kedua keluarga itu di Christchurch dan sekurang-kurang sehari mereka diQueenstown. Pada 29 Disember, Eusoff dengan keluarganya dan Lingam dengan keluarganya, sama-sama berlepas dari Queenstown ke Christchurch semula. Naik kapalterbang yang sama.Nombor penerbangannya ialah NM 2412. Kedua-dua keluarga itu sama-sama duduk dalam kelas ekonomi. "Bertembung" lagi Eusoff Chin dengan Lingam. Kebetulan kali ketiga?� |
Pada 30hb Disember, dari Christchurch rombongan keluarga terpenting di bidang kehakiman di Malaysia ini bersama peguam yang mengendalikan kes Vincent Tan, tokoh korporat yang kaya raya itu, sekali lagi naik kapalterbang yang sama. Mereka berlepas ke Auckland semula. Nombor
penrbangan NZ 504. Mulailah kita bertanya: "Masakan selalu sahaja bertembung
tak sengaja? Naik kapalterbang yang sama pula?". Tetapi Kali ini mereka
duduk dalam kelas tak sama. Eusoff dan keluarganya dalam Business Class
manakala Lingam dan keluarganya dan kelas ekonomi. Hakim mesti sedikit
lebih tinggi dari peguam. Tidakkah begitu? Masih
belum habis cerita Eusoff "bertembung tak sengaja" dengan Lingam. Mereka
pulang ke Malaysia dari Auckland pada 30 Disember, melalui Singapura. "Bertembung
lagi sekali". Kedua-dua naik kapalterbang yang sama. Nombor penerbangan
NZ 73 (Auckland-Singapura). Duduk pun sama-sama dalam Business Class. Dari
Singapura kedua-dua keluarga ini pulang ke Kuala Lumpur pada 30hb Disember,
juga dengan penerbangan MH 616 (Singapura-KualaLumpur).
Kali ini sama-sama duduk dalam kelas pertama. Maklumlah Ketua Hakim Negara
dan Peguam kaya. Standard mesti jaga. Boleh jadi betul, boleh jadi bohong maklumat di atas yang diambil dari internet. Jangan terus percaya.Tetapi satu perkara jelas bahawa sumber maklumat itu meyakinkan. Kalau maklumatitu palsu, bermakna Eusoff Chin dan Lingam teranianya dan terfitnah begitu sahaja. Kita tentu tidak mahu terlibat dalam kerja fitnah. Tetapi dari mana laporan tentang jadual penerbangandan percutian Eusoff dan Lingam diperolehi? Ia
didapati dari laporan oleh Bowman, satu agensi penyiasatan persendirian
yang berpejabat diUnited Kingdom.
Tetapi orang putih pun mungkin berbohong. Kena hati-hati dan waspada selalu.
Jadi macam mana kita mahu pastikan betul atau tidak laporan agensi Bowman
itu dan segala gambar-gambar yang tersiar di dalam internet? Kita tidak
suka memfitnah Eusoff Chin dan peguam V.K. Lingam. Kasihan mereka jika
mereka tidak bersalah. Memfitnah itu perbuatan salah, tidak adil dan tidak
baik. Jadi untuk cari penyelesaian bagi menjernihkan kekeruhan dan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan institusi kehakaiman, jawapannya ialah kerajaan kena siasat. Jadi
tidak bertanggungjawablah Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang mengambil
sikap mudah dalam isu ini. Balik dari Tokyo, Mahathir beritahu bahawa kerajaan
tidak bercadang untuk tubuhkan Tribunal bagi menyiasat kes Eusoff Chin. Kita kena tegaskan. Negara kita Malaysia ini bukan milik Mahathir. Malaysia sebuah negara yang berjalan atas landas hukum. Kita masih ada Perlembagaan. Seseorang hakim yangprilakunya mencurigakan boleh disiasat. Kalau bersalah, dia perlu dibicarakan. Kalau perluTribunal ditubuhkan, kerajaan perlu tubuhkan. Eusoff Chin tidak mempunyai imuniti atau kekebalan dari sebarang bentuk tindakan undang-undang? Hakikat ini Dr Mahathir kenafaham. KINI 15 June 2000 � |
|||||||||||||||||||||||||||||
Editor menulis tentang idea gabungan keADILan dan PRM
Selami minda Dr. Chandra Muzaffar dalam mendepani perjuangan keADILan
Malaysia Dalam Dua Wajah
Keadilan: The Quickening © 2000 AgendaMalaysia
Sila
hantarkan komen/pandangan/cadangan atau apa sahaja idea yang bermanfaat untuk
laman ini. |
|
|||||||||||||||||||||||||||||
Submit your page to 34 popular sites for free, using one form! � |
||||||||||||||||||||||||||||||
|
MENGGARAP
PERUBAHAN POLITIK
15 Jun 2000
|
||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||