|
Internet
sedarkan politik anak muda
Dr.
Siti Zaharah Sulaiman
�
15
Jun: Negara kini menjurus kepada suatu anjakan
lanskap politik sejagat. Imperialis-imperialis bentuk baru
ini telah menggunakan alat-alat bentuk baru dalam
menguasai atau menjajah negara-negara membangun
seperti Malaysia.
�
Dengan
sokongan teknologi politik bentuk baru, pembangkang yang mungkin terdiri
daripada seorang individu ataupun
kelompok kecil telah mampu menggugat kestabilan sesebuah negara.
�
Teknologi
maklumat kini telah memperkasakan kedudukan para anasir antikerajaan. Malah
dengan bantuan teknologi bentuk baru ini, kerosakan dapat dijanakan oleh
seorang individu atau kelompok-kelompok tertentu.
�
Ledakan
politik bentuk baru ini dapat kita rasai pada pilihan raya kita yang ke-10
baru-baru ini. Para pembangkang amat bijak menerapkan alasan politik bentuk
lama dengan menggunakan bentuk baru dengan berkesan.
�
Media
alternatif telah membenarkan laman akhbar mereka digunakan di mana pengunjung
laman diminta menyebarkan secara rangkaian elektronik berita-berita tohmahan
ini kepada rakan internet mahupun dicetak untuk dibuat salinan fotokopi kepada
orang ramai.
�
Pembangkang
dengan lantang dan berani mencabar kedaulatan undang-undang dengan permainan
politik luar batasan seperti fitnah serta tohmahan dalam lanskap bentuk baru.
Antara sasaran utama mereka ialah golongan intelek seperti para ahli akademik,
ahli profesional serta mahasiswa dan mahasiswi.
�
Sebenarnya
menggunakan strategi mendampingi sasaran mereka dengan secara peribadi dengan
kerap melalui kaedah elektronik ini bertujuan untuk mencerna mereka sebagai
agen propaganda dan anasir antikerajaan.
�
Hasil
daripada inilah kita dapati bahawa suatu fenomena di mana kesedaran politik
anak-anak kita terutama yang masih di institusi pengajian tinggi telah turut
mencapai tahap yang amat tinggi.
�
Proses
peracunan minda anak-anak muda kita yang dilakukan secara sistematik harus
dibendung sama sekali. Oleh itu, Pergerakan Wanita Umno mesti dilengkapi
dengan kaedah serta jentera yang mantap dalam membanteras ancaman-ancaman
bentuk baru di alaf baru.
�
Di
samping itu, tuntutan bentuk baru rakyat harus dianalisa setiap masa.
Tokoh-tokoh yang diberi amanah haruslah mempunyai citra dan imej yang bersih.
�
Kita
sama-sama menolak individu yang terlibat dengan rasuah, pecah amanah, politik
wang, mengamalkan politik luar batasan dengan menyalahgunakan dana mahupun
kuasa.
�
Jangan
kita berpecah di ambang menghadapi cabaran era globalisasi. Perlu diingat
Bumiputera Melayu adalah rumpun yang amat kecil dan tidak mungkin kita akan
berhasil dalam menghadapi kejutan-kejuatan luar biasa tanpa asas kekuatan dan
perpaduan yang perlu ada.
�
Dalam
konteks masyarakat sejagat, perpaduan negara adalah merupakan nilai masyarakat
yang paling penting diuji. Perpaduan rakyat bukan sahaja akan diganggu gugat
di peringkat antara kaum mahupun agama, tetapi sesama kaum dan agama.
�
Kenyataan
ini dapat kita amati di sesetengah tempat jati Melayu atau Malay heartland
seperti di Kelantan dan Terengganu di mana telah berlaku perpecahan antara
kaum Melayu khususnya kerana pegangan politik yang berbeza.
�
Hati
dan minda rakyat harus ditawan. Dua buah negeri (Kelantan dan Terengganu)
masih lagi dalam garapan pembangkang. Suatu pendekatan baru mesti dibuat iaitu
untuk memenangi jiwa dan minda rakyat, kerana rakyat sebenarnya adalah tonggak
kekuatan Umno.
�
Inilah
peperangan yang lebih besar yang kita sepatutnya beri lebih tumpuan �?? bukan
pertandingan-pertandingan untuk jawatan dalam parti yang seharusnya berjalan
dalam suasana setiakawan.
�
Janganlah
kita menang sorak tetapi kampung tergadai atau win then battle but lose the
war.
�
Sejarah
menyaksikan peranan Umno, ahli-ahlinya dan pemimpin-pemimpinnya. Sejarah akan
memuji atau mengutuk orang Melayu mengikut kejayaan atau kegagalan mereka.
Kita tahu sejarah memberi nilai yang tinggi terhadap pencapaian Umno sehingga
hari ini.
�
Terpulanglah
kepada kita semua untuk menentukan
hukuman
sejarah terhadap apa yang akan terjadi hari ini sehingga kepada dekad-dekad
yang akan datang.
�
Sedutan
ucapan dasar Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Dr SITI ZAHARAH SULAIMAN
sebelum ditewaskan pada 10 Mei, 2000 di Kuala Lumpur. Ia diterbitkan di sini
sebagai rakaman siri ucapan-ucapan penting politik nasional.
�
Malaysiakini.com
June
15, 2000 |